latest Blog News & Headlines
Ramadhan Shahru At-Taqwa
BY thezikr on Friday, September 3rd 2010 under: Artikel, The ZikrRamadhan Bulan Taqwa
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”
(Surah Al-Baqarah : 183)
Kewajipan puasa itu tidak lain bertujuan membentuk jiwa yang bertaqwa kepada Allah swt, dalam erti kata lain mendidik muslimin menjadi mukminin yang muttaqin.
Baginda Nabi saw menceritakan rahsia yang tersembunyi di sebalik taqwa dengan sabda baginda :
“Taqwa itu letaknya di sini.”Dengan menunjukkan ke dada baginda sebanyak 3 kali, kemudian Nabi saw bersabda lagi:
“Cukuplah seseorang itu melakukan kejahatan apabila dia memandang rendah saudara muslimnya. Setiap orang muslim itu diharamkan ke atasnya darah, harta, dan kehormatan saudara muslimnya”
(Sahih Muslim 16/120, Sunan Tirmizi 6/54)
Menurut syekhuna Prof. Dr. Mohamad Al-Zuhaili, taqwa dari sudut bahasa ialah penjagaan, memelihara, mengelak dan berusaha menjauhi kemudharatan agar seseorang itu berada dalam kejayaan dan keselamatan. …click here to read more
Iftor Jamai’e dan Ceramah Nuzul Quran
BY thezikr on Monday, August 23rd 2010 under: The ZikrBismillah…
Assalamualaikum W.B.T.
CERAMAH SEMPENA NUZUL QURAN & IFTHAR JAMA’IE
Untuk makluman semua warga perubatan baik di Kaherah mahupun muhafazah yang lain, insya’allah PERUBATAN Pusat akan menganjurkan satu program ceramah bersempena Nuzul quran dan diikuti dengan majlis Ifthar Jama’ie pada hari Rabu, 25 Ogos. Majlis akan bermula pada pukul 4.15 petang selepas asar di Beit Rahmah, Abou Rish. Oleh yang demikian, pihak BPI Perubatan 10/11 mengalu-alukan semua warga perubatan terutama yang tinggal di Kaherah bagi menghidupkan lagi program-program Ihya’ Ramadhan pada tahun ini.
PENCERAMAH: USTAZ MUHAMMAD NOORAZAM BIN BAHADOR
(KULIAH USULUDDIN, JABATAN HADITH, UNIVERSITI AL-AZHAR AS- SYARIF,KAHERAH.)
MASA: 4.15 ptg
1) Nasi campur
2) Ayam Bakar
3) Sup Sayur
4) Air Asam
5) Sirap limau ais
Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Pada majlis tersebut juga, insya’allah akan dijalankan tabung infaq untuk Program Ihya’ Ramadhan Perubatan (HRAM). Jadi sumbangan anda semasa majlis tersebut amat-amat dialukan. Sesunguhnya tangan yang di atas lebih baik daripada tangan di bawah.
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah,261)
Untuk warga perubatan sekitar Sayyeda Zainab, kehadiran kalian boleh dimaklumkan pada wakil-wakil batch di bawah manakala warga perubatan dari muhafazah2 lain boleh memaklumkan kehadiran kalian terus kepada pengarah dan timbalan pengarah sebelum
Ikhwah: Nur Muhd Ammar Mohd Razak (Tahun 1)
Ahmad Marzuki Yusuf (Tahun 2)
Mohd Ihsan Hamdan (Tahun 3 ke atas)
Mohd Najib Mustaffha (Pengarah-014597139)
Husnina Khatijah Abd Khalid (Tahun 2)
Siti Noor Redzuani Shafeii (Tahun 3 ke atas)
Nur Adibah Husna Aladdin (Timb. Pengarah- 0146793174 )
Unit Publisiti
Program Ihya’ Ramadhan Summer 2010 M/1431 H (IHRAM).
PENULISAN ARTIKEL RAMADHAN
BY thezikr on Monday, August 23rd 2010 under: The Zikrassalamualaikum wbt
Hadis Riwayat Imam Muslim, daripada Abu Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w;
“Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan Anak soleh yang mendoakan untuknya”.
Dari Abu Hurairah RA beliau berkata bahawa Rasul SAW telah bersabda: “Hak orang muslim atas orang muslim yang lain ada enam perkara; jika engkau bertemu ucaplah salam kepadanya; jika dia memanggilmu, jawablah; jika dia meminta nasihat darimu, berilah dia nasihat; jika dia bersin dan memuji nama Allah, doakanlah baginya; jika dia sakit, ziarahkanlah dia dan jika dia meninggal dunia, iringkanlah jenazahnya”.
Maka oleh itu,
Bersempena dengan program sambutan ihya’ ramadhan pada kali ini, anda semua dijemput untuk menulis artikel ilmiah bertemakan ’sempurnakan Ramadhanmu’.Artikel boleh dbuat dalam bentuk cerpen,sajak,pantun,syair, ataupun secara formal..
Tarikh tutup: 30hb Ogos 2010
Sila sertakan bersama butir-butir berikut:
Nama penuh
Tahun pengajian & universiti
Emel
Link blog(jika ada)
Artikel yang telah siap sempurna bolehlah diemelkan kepada:
Mohd Najib Mustaffha (naquib21_jk@yahoo.com)
Nur Husnina Khatijah bt Abdul Khalid (husnieyna_90@yahoo.com)
Artikel yang terpilih akan disiarkan dalam blog the zikr PERUBATAN sepanjang Ramadhan ini.Dan mana-mana artikel yang tidak disiarkan akan disimpan untuk digunakan di masa akan datang,insyaAllah.
Rebutlah peluang di bulan Ramadhan yang digandakan pahalanya ini untuk beramal dengan perkongsian ilmu melalui penulisan ilmiah anda!
“SEMPURNAKAN RAMADHANMU”
Sekian,
Unit Pengisian
program ihya Ramadhan PERUBATAN 2010
Pengumuman
BY thezikr on Sunday, August 22nd 2010 under: The ZikrAssalamualaikum wbt..
Buat SEMUA AHLI PERUBATAN TIDAK MENGIRA MUHAFAZAH..
Hadis Riwayat Imam Muslim, daripada Abu Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w;
“Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan Anak soleh yang mendoakan untuknya”.
Dari Abu Hurairah RA beliau berkata bahawa Rasul SAW telah bersabda: “Hak orang muslim atas orang muslim yang lain ada enam perkara; jika engkau bertemu ucaplah salam kepadanya; jika dia memanggilmu, jawablah; jika dia meminta nasihat darimu, berilah dia nasihat; jika dia bersin dan memuji nama Allah, doakanlah baginya; jika dia sakit, ziarahkanlah dia dan jika dia meninggal dunia, iringkanlah jenazahnya”.

Maka oleh itu,
Bersempena dengan program sambutan ihya’ ramadhan pada kali ini, anda semua dijemput untuk menulis artikel ilmiah bertemakan ’sempurnakan Ramadhanmu’.Artikel boleh dbuat dalam bentuk cerpen,sajak,pantun,syair, ataupun secara formal..
Tarikh tutup: 30hb Ogos 2010 …click here to read more
Why we should study the Qur’an in Ramadhan
BY thezikr on Sunday, August 22nd 2010 under: Artikel, The ZikrThe angel Gabriel used to review the entire Qur’ân with Prophet Muhammad (peace be upon him) during the night in the month of Ramadan.

This teaches us the value of studying the Qur’ân with others. It shows us that it is good for the believer to study the Qur’ân at the hands of someone else who can benefit him. The Prophet (peace be upon him) studied the Qur’ân at the hands of the angel Gabriel in order to benefit from him. Gabriel was the one who came from Allah, since he was the emissary between Allah and His human Messengers.
The Prophet (peace be upon him) was certainly the one who received benefit from their study sessions together. He would profit from what Gabriel brought to him from Allah – from the way the Qur’ân was to be recited to the meanings that Allah intended for its verses.
A person should preferably learn the Qur’ân from someone who can help him to understand its meanings as well as assist him in its proper recitation. This is the example that the Prophet (peace be upon him) set for us with the angel Gabriel. …click here to read more
Pengumuman : Ihya’ Ramadhan PERUBATAN 2010
BY thezikr on Monday, August 16th 2010 under: Artikel, The ZikrAssalamualaikum
Berkenaan dengan iklan terbaru IHRAM :

1) Sahur Jamai’e:
Tarikh: 17hb.Ogos 2010 Rabu..
Sasaran: “Seluruh” ahli PERUBATAN, terutama di kawasan-kawasan sekitar Sayyida Zeinab
Tempat: Teratak Marjan ( Abu Rijh)
2) Ceramah Pengenalan Puasa-Hukum- hakam puasa dan Iktikaf
Penceramah: Ustz.Zuhaili
Masa: lps Subuh. …click here to read more
Ramadhan Yang Lebih Baik
BY thezikr on Monday, August 16th 2010 under: Artikel, The Zikr“Sempurnakan Ramadhanmu.” Tema yang telah dipilih sempena sambutan ihya Ramadhan PERUBATAN 2010 ini. Soalnya, mampukah kita menyempurnakan amalan dalam masa yang penuh singkat ini, tanpa apa-apa persediaan sebelum ini? Sesuaikah tema ini dengan program pada kali ini yang kadang-kadang tidak diambil cakna oleh sesetengah ahli.
Sememangnya, amalan itu cacat tanpa ilmu. Cacat itulah tidak sempurna. Membetulkan yang cacat itulah objektif kita, bukan hanya pada bulan Ramadhan, namun juga pada bulan-bulan lain. Cumalah bulan Ramadhan ini telah Allah janjikan pelbagai kelebihan buat hambanya. Seperti mekanik yang telah tersedia baginya alat-alatan yang memudahkannya untuk membaiki kereta dengan lebih pantas dan lebih mantap. Itulah Ramadhan, bulan yang mana Allah telah mempermudahkan bagi hambanya untuk menyempurnakan diri dalam usaha mendekatkan diri padaNya.Allahu Allah..
Katakanlah “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah…”(surah Az Zumar:53).
‘Aku ni sejak dulu lagi tak berenti wat dosa. Kapel sana, kapel sini. Cuci mata tengok pompuan seksi,solat pun selalu miss. Telfon kat mak ayah sekali sebulan,kat makwe berjam-jam tiap-tiap hari. Nak ke Allah terima aku lagi?’ detik hati si pelaku dosa.
“Dosa kau dah bergunung, Allah tak terima dah kau. Bertaubat lah macam mana pun, dosa kau ni susah. Nanti kau taubat pun rugi, sebab nanti kau buat lagi. Pastu Allah dah tak terima la taubat kau. Ye lah, orang yang bertaubat ni, mana boleh buat dosa dah. Kalau lepas bertaubat buat dosa lagi,lagi lah nampak Allah dah tak sayangkan kau. Nanti-nantilah bertaubat tu, bila betul-betul nak berhenti wat dosa, bertaubat la. Allah kan Maha Penerima taubat,kau bertaubat lambat-lambat pun Allah terima.Dun worry babe”…..betul jugak kan.Nanti-nantilah aku solat taubat.
“Kenapa nak tangguh-tangguh mintak ampun dengan Allah ni. Kan Allah dah detikkan hati rasa berdosa tu pun dah kira bagus. Nanti lain kali susah nak rasa perasaan buat dosa ni camne?Habislah. Hari tu kan ustaz dah cakap, mati ni tak menentu. Bila Allah dah bagi perasaan berdosa, cepat-cepatlah bertaubat. Hati seseorang yang masih ada iman, tak akan rasa tenang dengan dosa,tanda hati tu masih hidup. Jangan biarkan Allah tak bagi dah perasaan bersalah melakukan dosa,tu tanda hati dah mati. Na’uzubillah. .”….betullah, kalau aku tiba-tiba mati kan camne?kalau aku dah takde perasaan bersalah melakukan dosa, tanda hati aku dah mati. Allah tak sayang aku dah. Asraghfirullahal’azim..takkan aku nak biarkan Allah tak sayang aku. Sementara Dia masih sayangkan aku,baiklah aku cepat-cepat mohon ampun pada Nya.Teringat kalam yang tertulis di kereta jenazah dalam bahasa arab yang berbunyi begini ‘hal ui’ddat nafsaka fi hazal yaum?’Erm,tepuk dada tanyalah diri sendiri.
Ihya’ Ramadhan Summer (IHRAM)
BY thezikr on Thursday, August 12th 2010 under: Artikel, Program BPIAssalamualaikum w.b.t
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.(Al-baqarah,183)

“Diriwayatkan dari Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Surga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk seorangpun kecuali mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya” [Bukhari-Muslim]
“Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun” [Bukhari-Muslim] …click here to read more
Israk Mikraj
BY thezikr on Thursday, August 12th 2010 under: Artikel, The ZikrTanggal 27 Rejab, peristiwa yang tidak asing lagi bagi seluruh umat Islam. Israk mikraj , antara peristiwa terbesar dalam sejarah Islam dimana Nabi Muhammad saw mengembara dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa sebelum dianggkat ke langit untuk menyaksikan pelbagai “misteri” di alam ghaib. Namun acara utama pada Israk Mikraj ialah dimana Nabi Muhammad saw menerima satu anugerah agung ; Solat fardhu 5 waktu seharian. Ibadah yang menghubungkan terus dari seorang hamba kepada “kamisama” atau “deity” (bahasa mudahnya Tuhan).
Sabda Rasulullah saw. “ Perkara pertama yang akan dihisab ke atas seorang pada hari kiamat ialah solatnya , jika elok solatnya maka eloklah seluruh amal, jika rosak solat, maka rosaklah segala amalnya.” Hadis riwayat Tabrani. Jelas Islam amat mengutamakan amalan rukun Islam yang pertama ini. Demikian itu, amat perlulah umat Islam menjaga dan memelihara setiap waktu solat seharian.

Persoalannya, sejauh manakah kita memelihara ibadah yang menjadi talian hayat dalam hidup kita? Adakah sekadar solat 5 waku sehari semalam dirumah? Bagaimana dengan kekusyukan kita? Pernahkah anda berasa jemu dengan solat anda? Adakah kita termasuk golongan yang melalaikan solat? Anda bersedia dengan berwuduk sebelum azan berkumandang atau menunggu iqamat baru bergerak untuk berwuduk? …click here to read more
recent news from the vault
99 Nama ALLAH
Selamat Datang
-
Blog the zikr merupakan lidah rasmi Biro Pembangunan Insan , PERUBATAN , Kaherah , Mesir.
Blog ini memuatkan artikel-artikel hasil tulisan pelajar-pelajar PERUBATAN seluruh Kaherah dan juga informasi untuk bacaan dan penghayatan bersama.
Diharap agar pengisian-pengisian yang terdapat di dalam blog ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan ilmu kepada semua pelajar PERUBATAN dengan rahmat dan kasih-sayang ALLAH S.W.T..
healthy & agility
Catatan
- Blog The Zikr KEMBALI!!!! Teruskan bersama kami..
Makluman
- Sebarang karangan mana-mana ahli PERUBATAN Mesir, Kaherah yang ingin dikongsi bersama boleh dihantar melalui email kepada saudara muhammad Shahir Bin Shahibullah(sshahir@ymail.com) ataupun kepada saudari Aisyah Zahirah Sukeri( aisyza90@yahoo.com)





